




KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERCUMA
@Masjid Nurul Alaniah, Sekinchan
// NOV. 15, 2014
"Tidak Akan Berkurang Harta Yang Kita Infaq Dengan Ikhlas Kerana Allah,
Melainkan Allah Akan Menggantinya Dengan Berlipat Ganda.
Insya Allah"
Pengenalan
Sebuah produk Kit Kelengkapan Pengurusan Jenazah. Mengandungi 21 peralatan Utama, bagi memenuhi keperluan & tuntutan Fardhu Kifayah.
Perkongsian Infaq
Konsep perkongsian ini difikirkan perlu kerana ada keadaan di mana ada peserta-pesrta yang tidak berkemampuan untuk memberi Infaq 1 set Kit Pengurusan Jenazah tetapi ada keinginan untuk menginfaqkan mengikut kemampuan mereka.
Pengertian Infaq
Kata infak berasal dari bahasa Arab iaitu ”infaq” menurut bahasa bererti membelanjakan atau menafkahkan. Menurut Istilah Agama Islam infak bererti menafkahkan atau membelanjakan sebagian harta benda yang dimiliki di jalan yang di redhai Allah swt.
Kursus Pengurusan Jenazah Percuma
Program percuma ini adalah bertujuan untuk menarik minat ramai peserta-peserta daripada badan-badan korporat, badan-badan kerajaan serta penduduk setempat untuk menyertai program Infaq ini.
Infaq Kit Pengurusan Jenazah
Melalui kaedah ini, segala wang infaq akan diberikan terus kepada pihak Masjid atau Surau. Pihak jawatankuasa masjid akan mengira jumlah kutipan dan secara langsung membuat pertukaran dengan Kit Pengurusan Jenazah.
Kursus Pengurusan Jenazah Secara Infaq
Di bawah program ini, sedikit yuran dikenakan ke atas syarikat atau individu yang ingin menyertai program ini. Program ini bertujuan memberi penjelasan yang lebih jelas dan mendalam mengenai pengurusan jenazah di mana peserta yang akan terlibat bagi sesuatu kelas adalah maksima 20 orang peserta sahaja.