top of page

Kursus Pengurusan Jenazah Percuma

 

Program percuma ini adalah bertujuan untuk menarik minat ramai peserta-peserta daripada badan-badan korporat, badan-badan kerajaan serta penduduk setempat untuk menyertai program Infaq ini. Di samping itu, dengan secara langsung juga sedikit sebanyak asas pengurusan jenazah dapat diberikan kepada lebih ramai orang Islam dinegara kita ini.

 

Tambahan daripada itu, melalui program ini juga insyallah kita akan dapat menarik lebih ramai anak-anak muda untuk hadir ke masjid dengan cara menarik mereka untuk menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa program tersebut. Ini dapat dilakukan dengan usahasama dengan Institut-institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dengan melibatkan pelajar-pelajar mereka untuk turut serta dalam program ini.

 

Seperti yang kita sedia maklum, media elektronik kini merupakan satu modus operandi yang paling berkesan dalam menyebarkan sesuatu informasi dan golongan yang paling banyak menggunakan media ini adalah dari golongan muda. Secara tidak langsung dengan melibatkan golongan dari generasi ini, informasi-informasi berkenaan dengan aktiviti keagamaan ini akan mudah tersebar di seluruh negara. 

© 2014 by KIT PENGURUSAN JENAZAH. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Round
  • Twitter Round
  • YouTube Round
  • Google Round
  • LinkedIn Round
bottom of page